1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX
ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang
disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh One XOX Sdn.
Bhd.
2. Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
Starter
Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar sah yang dilantik. LOKASI PENGEDAR
3. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia
ada?
Ya,
boleh. Ianya dinamakan MNP.
4. Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5 pada SIM Pack dan berapa
lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit
tersedia RM5 terletak pada baki Akaun Utama (MA). SIM kad anda akan aktif
selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan
dibuat. STATUS AKAUN TEMPOH SAH
5. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
Dengan pelan fleksi
2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan
pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.
Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar
murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila
kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah
alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai
baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.
Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan
amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat
pindahan kredit ke pihak lain.
Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah
percuma):
SMS ke 22111- TRNS<jarak>DA<jarak><amaun yg
hendak dipindahkan>
Contoh: TRNS DA 18
Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun
tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa
perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan.
Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang
membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih
penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX
menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi
harian anda.
Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN
& PERKHIDMATAN untuk gambaran lanjut.
6. Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
RM5,
RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi
memenuhi keperluan telekomunikasi anda.
7. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
Tambah
nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7-Eleven,
stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan
mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah
nilai 'XOX' ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga
boleh dibeli secara perbankan online menerusi portal SELF CARE
8. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal 'Self Care'?
Berikut
adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:
a.
Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah
langganan, baki SMS percuma.
b.
Dapatkan bil terperinci.
c.
Tambah nilai.
d.
Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan,
periksa baki kuota & menambah kuota.
e.
Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub
talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub
talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil
terperinci.
f.
Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
g.
Pengurusan 10 nombor 'Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal
9. Adakah pelan internet mudah alih (data) ONEXOX menyokong semua
jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan
data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila
pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX
tidak menyokong perkhidmatan 'Blackberry Internet Service'(BIS).
10. Adakah pelan data ONEXOX bersifat 'unlimited'?
TIDAK.
ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan)
sehingga 4mbps muat turun mengikut had kuota data/hari yang dilanggan. Dengan
ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan
kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada 'yang mana sampai dulu'
iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui
tarikh tamat tempoh.
11. Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?
SMS
percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama sahaja (XOX
& ONEXOX). Sila rujuk terma & syarat DISINI
12. Berapakah had bilangan nombor-nombor Famili & Rakan (FnF)
yang boleh didaftarkan dan untuk rangkaian mana?
Anda
boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran pertama adalah percuma.
Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian tempatan termasuk talian tetap
Telekom Malaysia (kecuali nombor premium 1-300). Anda juga boleh membatalkan
nombor dan membuat pendaftaran gantian. Walau bagaimanapun, setiap satu
pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan caj RM1 pada baki
MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.
a. Cara mendaftar FnF: SMS ke 22111-
FNF<jarak>ADD<jarak><nombor telefon>
b. Cara menyemak senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>LIST
c. Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF: SMS ke 22111-
FNF<jarak>DEL<jarak><nombor telefon>
13. Adakah saya layak mendapat kadar FnF jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
Ya,
anda tetap akan menikmati kadar FnF walaupun menggunakan baki MA.
14. Bagaimanakah caranya untuk saya menebus SMS percuma daripada
'Loyalty Point'?
Top
up yang anda buat akan menjana loyalty point. Setiap ringgit bersamaan 1 point;
setiap 10 point yang telah anda kumpulkan boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.
Cara menebus SMS percuma:
a. SMS ke 22111-
LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><bilangan SMS yang ingin
ditebus>
Contoh: LYT RED SMS 12
b. Melalui SELF CARE
No comments:
Post a Comment